SELEPAS sekian lama menyepi, bekas peserta Malaysian Idol musim pertama iaitu Saiful Bakeri menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam industri muzik tanah air.
Bagaimanapun impian Saiful, 39, terbantut apabila penampilannya yang dilihat menyerupai wanita sukar diterima dalam kalangan masyarakat.
Terus memendam hati, Saiful juga menganggap belum rezeki rezeki untuk dia menyerlah sebagai penyanyi.
aiful masih memasang cita-cita untuk kembali bergelar penyanyi.
“Saya memang ada niat nak buat kemunculan semula, namun dengan diri saya sekarang agak sukar rasanya.
“Jadi saya anggap belum ada rezeki buat saya untuk dapat peluang itu,” katanya kepada mStar.
Berkongsi perkembangan terkini, Saiful memberitahu selepas tiada tawaran menyanyi, dia memperoleh pendapatan hasil daripada kerjaya sebagai jurusolek pengantin.
Tambah Saiful, walaupun keinginan untuk aktif dalam industri sangat tebal, namun belum ada sesiapa yang sanggup menawarkan undangan nyanyian buatnya.
“Sekarang saya cari pendapatan hasil daripada menyolek orang, tolong kawan saya yang bekerja sebagai perancang perkahwinan.
“Tapi kalau diikutkan saya memang nak sangat berkembang kembali dalam industri muzik, cuma memang sampai sekarang belum dapat apa-apa undangan,” ujarnya.
Saiful kini bekerja sebagai jurusolek pengantin.
Nama Saiful kembali tular selepas video dia sedang berkaraoke mendapat perhatian ramai dengan penampilannya yang kini menyerupai wanita, termasuk memiliki payudara.
Walaupun mendapat banyak kecaman, ada juga netizen yang memuji suaranya masih merdu dan sama seperti dahulu.
Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama lslam
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.